Monday 18 March 2013

Selamat Datang Ke Bank Soalan PPD Pasir Gudang



Warga pendidik Pasir Gudang perlu merubah suasana pembelajaran anak-anak didik dengan lebih berkesan melalui sifat perkongsian ilmu dikalangan kita. Kikis sikap dan budaya pentingkan diri dan terapkan semangat bersatu hati untuk melihat Daerah Pasir Gudang bangkit dengan keputusan cemerlang sama ada UPSR, PMR dan SPM pada setiap tahun mendatang. Usaha ini bermula dari anda kerana anda semua adalah pendidik yang berpotensi yang sentiasa bersedia dengan hasrat dan seruan PPD Pasir Gudang. Melalui Portal Wahana Ilmu ini diharapkan menjadi ruang asas dan medan perkongsian yang mampu merubah sejarah pencapaian akademik kita semua di masa hadapan. Tahniah kepada semua unit PPD Pasir Gudang terutamanya Unit ICT, Unit Akademik, Unit Pengurusan Sekolah Rendah dan Menengah serta semua pihak yang turut menyumbang ke arah menyatukan hati memertabatkan pencapaian akademik supaya lebih gemilang. Begitu juga kepada barisan Pengetua dan Guru Besar yang sentiasa memberi sokongan dan idea yang mampu mencorakkan budaya yang lebih positif di sekolah.

PUAN HAJAH FATIMAH BINTI AHMAD
Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang