Warga
pendidik Pasir Gudang perlu merubah suasana pembelajaran anak-anak
didik dengan lebih berkesan melalui sifat perkongsian ilmu dikalangan
kita. Kikis sikap dan budaya pentingkan diri dan terapkan semangat
bersatu hati untuk melihat Daerah Pasir Gudang bangkit dengan keputusan
cemerlang sama ada UPSR, PMR dan SPM pada setiap tahun mendatang. Usaha
ini bermula dari anda kerana anda semua adalah pendidik yang berpotensi
yang sentiasa bersedia dengan hasrat dan seruan PPD Pasir Gudang. Melalui
Portal Wahana Ilmu ini diharapkan menjadi ruang asas dan medan
perkongsian yang mampu merubah sejarah pencapaian akademik kita semua di
masa hadapan. Tahniah kepada semua unit PPD Pasir Gudang terutamanya
Unit ICT, Unit Akademik, Unit Pengurusan Sekolah Rendah dan Menengah
serta semua pihak yang turut menyumbang ke arah menyatukan hati
memertabatkan pencapaian akademik supaya lebih gemilang. Begitu juga
kepada barisan Pengetua dan Guru Besar yang sentiasa memberi sokongan
dan idea yang mampu mencorakkan budaya yang lebih positif di sekolah.
PUAN HAJAH FATIMAH BINTI AHMAD
Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang
PUAN HAJAH FATIMAH BINTI AHMAD
Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang